Akaun danahaiwanterbiar.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.

"AJAIBNYA BERSEDEKAH, SEMAKIN BERSEDEKAH SEMAKIN KAYA"

"AJAIBNYA BERSEDEKAH, SEMAKIN BERSEDEKAH SEMAKIN KAYA"

PRIHATINKAH KITA??

TERHADAP HAIWAN TERBIAR DILUAR SANA.



Dulu, ramai yang mangambil berat akan haiwan-haiwan terbiar di Pasar-pasar, di taman-taman, dan di tempat awam lain-lain. Tapi, ujian Pandemik Covid19 tiba tanpa diduga. Mereka yang dulu sering berada di tempat-tempat awam, memberi makan kepada haiwan-haiwan terbiar ini, kini sepi tanpa pengunjung. Kalau bukan kita, siapa lagi kan?




Pilu hati mengenangkan nasib haiwan-haiwan terbiar di bandar-bandar yang dilaksanakan PKP. Tiada siapa yang ambil kisah akan keselamatan dan keadaan mereka. Ada yang mati kelaparan, ada yang sakit, dan tiada makanan. Kalau bukan kita, siapa lagikan?


بَيْنَا رَجُلٌ يَمْشِي، فَاشْتَدَّ عَلَيْهِ العَطَشُ، فَنَزَلَ بِئْرًا، فَشَرِبَ مِنْهَا، ثُمَّ خَرَجَ فَإِذَا هُوَ بِكَلْبٍ يَلْهَثُ يَأْكُلُ الثَّرَى مِنَ العَطَشِ، فَقَالَ: لَقَدْ بَلَغَ هَذَا مِثْلُ الَّذِي بَلَغَ بِي، فَمَلَأَ خُفَّهُ، ثُمَّ أَمْسَكَهُ بِفِيهِ، ثُمَّ رَقِيَ، فَسَقَى الكَلْبَ، فَشَكَرَ اللَّهُ لَهُ، فَغَفَرَ لَهُ "، قَالُوا: يَا رَسُولَ اللَّهِ، وَإِنَّ لَنَا فِي البَهَائِمِ أَجْرًا؟ قَالَ: فِي كُلِّ كَبِدٍ رَطْبَةٍ أَجْرٌ

Maksudnya: “Terdapat seorang lelaki sedang berjalan lalu dia berasa haus maka dia turun ke sebuah perigi dan minum daripadanya. Apabila dia keluar, terdapat seekor anjing yang sedang mengeluarkan lidahnya lalu menjilat tanah kerana kehausan. Maka dia berkata: Anjing ini kehausan sepertimana aku alami sebentar tadi. Disebabkan itu, dia memenuhkan kasutnya dengan air dan dia memegang kasutnya (yang diisi dengan air) dengan mulutnya. Kemudian dia memberi anjing itu minum. Dengan itu, dia bersyukur kepada Allah SWT maka Allah SWT mengampuninya”. Mereka (para sahabat) bertanya: “Wahai Rasulullah SAW, adakah bagi kami ganjaran jika kami berlaku baik pada haiwan?”. Rasulullah SAW bersabda: “(Berbuat baik) Setiap yang bernyawa itu akan diberi pahala”. [Riwayat al-Bukhari (2363)]


Dengan asbab memberi minum kepada seekor anjing, seorang pemuda dimasukkan ke dalam syurga. Ganjaran syurga Allah SWT bukan terletak pada berapa banyak Amal Ibadat yang kamu kerjakan tetapi dengan Rahmat Allah SWT. Sekecil zarah sekalipun amalan perbuatan kita, dihitung oleh Allah SWT.

Mungkin dengan kita membantu Makhluk-makhluk seperti kucing dan anjing terbiar, kita mendapat ganjaran syurga. Tidak semestinya kita sendiri yang perlu turun padang untuk memberi bantuan, dengan bersedekah sedikit daripada rezeki kita kepada mereka yang menganjurkan aktiviti-aktiviti kesukarelawanan, turut dikira sebagai amal kebajikan.




BANTUAN HAIWAN PRIHATIN. 

  • Ditubuhkan pada 1 April 2020 di Jerteh, Besut, Terengganu. 
  • Pertubuhan kami ditubuhkan bertujuan untuk membela nasib haiwan-haiwan terbiar di luar sana dengan membantu dari segi memberi makan, merawat dan lain-lain. 
  • Menjalankan aktiviti kesukarelawanan di bandar-bandar yang terdapat banyak haiwan terbiar.
  • Akan datang, akan membina satu tempat khusus sebagai Pusat Perlindungan Haiwan Terbiar.



Alhamdulillah, aktiviti kesukarelawan telah mula dijalankan semenjak bulan April yang lalu sehingga kini, namun oleh kerana kekurangan dana aktiviti ini terpaksa dihentikan. Ekoran masalah ekonomi Negara rentetan virus COVID-19, ia bukan sahaja memberi kesan kepada manusia, malahan haiwan terbiar/ jalanan seperti anjing dan kucing turut terkesan.  








Perkara ini dapat dilihat apabila terdapat banyak kucing dan anjing jalanan mati kelaparan. Haiwan ini bergantung 90% makanan daripada manusia selain memburu makanan sendiri. Apabila PKPP dijalankan, haiwan ini kehilangan punca makanan dan seterusnya mati kelaparan.


 

Kami mengambil inisiatif ini untuk turun ke padang dan membantu memberi bantuan makanan, ubat-ubatan dan kos rawatan bagi yang memerlukan. Selain membantu anda mengumpul saham akhirat yang berpanjangan.



Anggaran keseluruhan perbelanjaan adalah sebanyak RM100,000.00 yang meliputi makanan, kos ubat-ubatan dan rawatan kucing/anjing terbiar. Pertubuhan kami sedang mengumpulkan dana untuk menubuhkan Pusat Perlindungan Haiwan Terbiar di Negeri Terengganu.

Pihak kami juga mengalu-alukan sumbangan berbentuk makanan kucing/kibbles atau ubat-ubatan untuk digunakan. Pihak tuan/puan boleh berhubung dengan pihak kami untuk mengetahui keperluan semasa bagi meneruskan aktiviti ini. 







"IMPIAN KAMI BESAR, DANA KAMI KURANG".

1) PENUBUHAN KELAB SUKARELAWAN DI SELURUH MALAYSIA.
Kelab Sukarelawan akan melaksanakan segala aktiviti-aktiviti kebajikan terhadap haiwan-haiwan terbiar di negeri masing-masing. Buat masa sekarang, terdapat 16 orang sukarelawan sedia ada di kawasan Besut. Dan 10 orang sukarelawan di Negeri Kelantan

2) SALUR DANA MELALUI KEDAI HAIWAN PERLIHARAAN
Kami turut berkerjasama dengan Kedai Haiwan Perliharaan yang terpilih di daerah-daerah yang terdapat ahli sukarelawan kami untuk mereka dapatkan bekalan seperti Makanan Kucing/anjing, ubat-ubatan dan sebagainya terus dari Kedai tersebut untuk mejalankan aktiviti mingguan.

3) KOS PENGURUSAN
Selebihnya akan digunakan bagi menampung kos pengurusan pertubuhan, dan saguhati kepada para sukarelawan di seluruh Malaysia.




Untuk memudahkan saudara/saudari menghulurkan bantuan, pihak kami telah menyediakan beberapa pakej seperti di bawah:

PAKEJ TAJAAN PEMBINAAN PUSAT PERLINDUNGAN -  RM 100
PAKEJ TAJAAN MAKANAN HAIWAN TERBIAR -  RM 50
+ PAKEJ TAJAAN UBAT-UBATAN & RAWATAN HAIWAN TERBIAR -  RM 50
+ PAKEJ DERMA IKHLAS - RM 10 


Firman Allah SWT maksudnya : "Perumpamaan orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah seperti sebutir biji yang menumbuhkan  tujuh tangkai, pada setiap tangkai ada seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas  (Kurnia-Nya) Lagi Maha Mengetahui" - Surah Al Baqarah : 261  

Semoga segala keprihatinan, perhatian dan sumbangan ikhlas tuan/puan ALLAH berkatinya dan membalasnya dengan sebesar-besar ganjaran di akhirat kelak. Dan dipanjangkan umur dalam redha ilahi.


Penafian: 

1. Bagi pembayaran mengunakan payment gateway Toyyibpay, selepas pembayaran di statement bank akan terpapar pembayaran kepada BANTUAN HAIWAN PRIHATIN. Ini merupakan rakan kerjasama pembayaran kami.
2. Pembayaran termasuk RM1 caj payment gateway Toyyibpay.
3. Jika ada sebarang pertanyaan atau masalah untuk isi borang ini sila hubungi  : 0169330160 (Bantuan Haiwan Prihatin)